Mat Zan Terkilan Terengganu Sekadar Seri Dengan Kedah

KUALA TERENGGANU, 15 Feb (Bernama) — Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris merasa kecewa dengan keputusan kurang memuaskan Terengganu apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Selasa malam.

Beliau berkata keputusan tersebut sepatutnya boleh diatasi sekiranya para pemain Terengganu tidak lalai setelah mengatasi 1-0 pada babak pertama.

Beliau berkata pemain Terengganu banyak mengikut rentak permainan perlahan pasukan Kedah membuatkan semua percaturan yang dirancang tidak menjadi.

“Saya terkilan kehilangan dua mata menyebabkan peluang Terengganu untuk membaiki kedudukan tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita.

Pengurus pasukan, Che Mat Jusoh pula berkata Terengganu tidak pernah menang apabila menentang Kedah dalam Liga Super sejak tiga tahun lalu.

Baginya keputusan seri dengan Kedah malam tadi sudah memadai.

Beliau berkata Kedah bermain baik terutamanya pada babak kedua menyebabkan mereka memperoleh gol penyamaan.

Katanya beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku salah faham semasa mereka di tengah padang.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s