Peniaga kain lemas dalam asap arang Peniaga kain lemas dalam asap arang

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kain ditemui lemas di dalam biliknya yang dipenuhi asap dipercayai berpunca daripada arang yang dibakar di sebuah kondominium di Jalan Batas Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Mayat Yap Yei Wei, 36, bapa tunggal kepada seorang anak berusia lapan tahun ditemui rakannya dalam keadaan terbaring di bilik berkenaan ketika dia mengunjungi rumah sewa mangsa.

Rakan mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata, sebelum kejadian, dia ke rumah mangsa untuk bertanya khabar dan mengetuk pintu rumah berkenaan yang terletak di tingkat dua kira-kira jam 3.30 petang, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Katanya, selepas hampir sejam berada di luar rumah, dia mengesyaki sesuatu berlaku dan berusaha mendapatkan kunci rumah berkenaan daripada penghuni terdahulu yang tinggal di situ.

Sebaik memasuki rumah, dia mendapati ada kepulan asap keluar dari dalam bilik mangsa dan segera membuka pintu bilik sebelum mendapati mangsa terbaring kaku dipercayai lemas sebelum segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit dalam sebuah bilik di kondominium berkenaan.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s