Peniaga Pasar Tani Mampu Raih Pendapatan Bersih Lebih RM2,000 Sebulan

KUALA TERENGGANU, 16 Feb (Bernama) — Kewujudan pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) banyak membantu penduduk di negeri ini meraih pendapatan yang bukan saja memuaskan tapi juga konsisten setiap bulan.

Pengarah Fama Terengganu Hassan Jusoh berkata secara purata, peniaga pasar tani mampu menerima pendapatan bersih antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan.

Jumlah itu sudah cukup untuk menyara kehidupan di negeri ini, katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Katanya sehingga kini, Fama Terengganu telah mewujudkan 18 pasar tani di seluruh negeri dengan kira-kira 1,000 peserta yang menjana jualan bernilai RM25 juta setahun.

Peniaga terbabit lazimnya mendapat bekalan daripada pengusaha ladang kontrak Fama, sekali gus memberi nilai lebih kepada modal yang dikeluarkan, katanya.

Selain itu kata Hassan, Fama Terengganu juga berjaya melahirkan lebih 1,500 usahawan tani dalam pelbagai bidang setakat ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s