Terengganu Biayai 150 Pelajar Perubatan Sambung Master, Doktor Falsafah

KUALA TERENGGANU, 15 Feb (Bernama) — Terengganu Development Management Berhad (TDM), syarikat perladangan yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, diarah menyediakan dana khas bagi graduan perubatan negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan menampung kekurangan doktor pakar yang kritikal dalam semua bidang perubatan di negeri itu.

“Kita sasarkan akan membiayai kos pendidikan untuk 150 pelajar berbanding 40 orang sebelum ini. Setelah tamat pendidikan, kita harap mereka ini dapat berkhidmat sebagai doktor pakar di pusat perubatan milik kerajaan negeri,” katanya,

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Tabung Dana Khas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Rabu.

Kos perbelanjaan bagi seorang pelajar perubatan di Ireland adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM1.5 juta diikuti Russia (RM400,000), Mesir (RM350,000) dan Indonesia (RM300,000).

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s