Dua bot Vietnam ditahan

Oleh SAPEE MAT JUNUS berita@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada nelayan Vietnam yang ditahan kerana menangkap ikan di perairan Dungun kelmarin.

KEMAMAN – Taktik nelayan dua bot pukat tunda Vietnam yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memasang bendera Malaysia ketika menangkap ikan di perairan pantai Dungun kelmarin tidak menjadi sebaliknya mereka ditangkap.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya mengesan dua bot itu menggunakan pukat tunda sedangkan kaedah itu diharamkan di negara ini.

Jelasnya, pihaknya mendapati bot berkenaan menggunakan nombor pendaftaran nelayan tempatan selain mengibarkan bendera Malaysia.

“Bagaimanapun apabila diperiksa kedua-duanya adalah bot nelayan asing yang tidak berdaftar.

“Kesemua nelayan terbabit juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak mempunyai lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s