Gugusan Pulau Orkid di Kenyir

Oleh FAUZI MOHD. utusanterengganu@utusan.com.my

AHMAD Said (kiri) melawat ke Pulau Orkid yang dibangunkan di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, kelmarin .

HULU TERENGGANU 17 Feb. – Tiga buah pulau kecil yang keseluruhannya seluas 2.7 hektar di Tasik Kenyir sedang dimajukan sebagai gugusan Pulau Orkid bagi menarik peminat bunga dari seluruh dunia.

Lebih 3,000 spesies orkid bakal mewarnai Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit di kawasan utara tasik itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan dan menempatkan spesies orkid liar serta hibrid dari dalam dan luar negara di pulau itu.

Menurutnya, projek itu kini mencapai tahap 35 peratus kemajuan dengan 400 spesies orkid terkumpul dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Katanya, sebahagian spesies orkid liar yang bakal ditempatkan di pulau ini berasal dari negeri ini iaitu yang diperoleh dari sekitar tasik ini, Cemerong di Dungun, kawasan Gunung Tebu (Besut) dan Lata Payong (Setiu).

“Apabila siap kelak, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis orkid termasuk yang terbesar di dunia dan yang paling kecil iaitu hanya boleh dilihat dengan kanta pembesar.

”Ada juga yang paling wangi dan paling busuk,” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke pulau berkenaan semalam.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi negeri, Datuk Mat Razali Kasim dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud.

Menurut Ahmad, dua jambatan yang menghubungkan tiga pulau itu telah siap termasuk sebuah jambatan gantung dan laluan pejalan kaki.

“Kini kontraktor sedang membina kios jualan dan cenderamata, pusat penyelidikan dan pembenihan orkid serta beberapa lagi kemudahan lain.

“Pelbagai jenis orkid hibrid boleh dibeli pengunjung apabila dibuka kelak dan ada yang bernilai mencecah RM10,000. Orkid yang mahal ini biasanya untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan ia spesies terancam,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s