Sambutan Maulidur Rasul daerah Setiu meriah

SETIU 17 Feb. – Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Setiu berlangsung semalam dalam suasana meriah dengan penyertaan lebih 5,000 orang.

Ia bermula dengan perarakan sejauh hampir dia kilometer dari stadium mini Tarong dan berakhir di Padang Astaka, Bandar Permaisuri.

Sebanyak 65 kontinjen mewakili pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pelajar, tadika dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyertai perarakan berkenaan.

Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee mengetuai perarakan yang mencatatkan penyertaan terbesar itu.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abd Halim Jusoh; Pegawai Daerah, Mohamad Nor Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Ishamudin Hashim.

Mohd. Jidin ketika berucap merasmikan sambutan itu berkata, penyertaan begitu ramai peserta memperlihatkan semangat mereka yang tinggi dalam usaha menyemarakkan syiar Islam.

Sementara itu, pasukan Majlis Daerah Setiu (MDS) dengan 58 kakitangan dipilih sebagai johan perarakan kategori jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dengan hadiah RM2,000.

Naib johan disandang oleh Kolej Teknologi Bestari (KTB) dengan hadiah RM1,500 dan tempat ketiga ialah Pejabat Pelajaran Derah Setiu (RM1,000).

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s