Lihat ibu ayah tak bernyawa

DUNGUN (Harian Metro): “Adik (Tengku Nor Azira) beritahu dia dan keluarga kemalangan. Saya ingat kemalangan kecil tetapi sebaik sampai di tempat kejadian, saya dapati ibu dan ayah tercampak di luar kenderaan dan tidak bernyawa,” kata Tengku Muhammad Atman Tengku Shafuddin, 23, selepas ibu bapa dan seorang adiknya maut nahas di Kilometer 21.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, di sini, semalam.

Menurutnya, ahli keluarganya bertolak dari rumah di Kampung Syukur, Pasir Raja, Hulu Dungun jam 10 pagi untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara mereka di Kampung Gong Pasir, di sini, dan dia tidak mengikut sama kerana kereta penuh.

“Ayah dan ibu memberitahu mahu ke kenduri dan pulang lewat kerana selepas menghadiri kenduri, ayah bercadang ke kedai membuat cermin mata untuk Tengku Amir Haziz dan meminta saya menjaga rumah,” katanya yang juga anak sulung daripada empat beradik.

Katanya, selepas sejam ahli keluarganya bertolak, dia menerima panggilan telefon daripada adiknya, Nor Azira yang memaklumkan mereka mengalami kemalangan, menyebabkan dia bersama beberapa rakan bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, ayah dan ibunya tidak menunjukkan perubahan pelik tetapi pada pagi kejadian sebelum bertolak ke kenduri, ayahnya sempat membersihkan halaman rumah.

“Ayah membersihkan halaman rumah dan menebang sebatang pokok rambutan kerana sudah tua. Cuma ketika menebang pokok itu, saya nampak ayah banyak termenung,” katanya.

Sementara itu, pemandu sebuah Proton Wira lain yang terbabit dalam kemalangan, Mohd Adli Rashid Abdullah, 36, berkata dia sempat mengelak sebaik mendapati kereta mangsa berpusing ke arahnya selepas bertembung dengan lori itu.

“Saya memusing stereng dengan sekuat hari sebelum kereta saya melanggar sebatang tiang lampu di tepi jalan itu dan tersadai di dalam parit,” katanya.

Mohd Adli berkata, dia menggigil ketakutan selepas melihat kedua-dua mangsa tercampak ke jalan raya dalam keadaan mengerikan sebelum menyelamatkan isterinya, Haslinda Mohamad, 35, dan dua anaknya masing-masing berusia empat dan sembilan tahun.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s