Guru hamil tujuh bulan terharu terima pampasan RM39,542

SEBAHAGIAN daripada pewaris yang juga penerima pampasan Koperasi Guru Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 19 Feb. (Utusan)- Seorang guru terharu apabila menerima pampasan sebanyak RM39,542 daripada Koperasi Guru (Koguru) Terengganu berikutan kematian suaminya pada 12 September tahun lalu.

Suraya Ramli, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai layak menerima pampasan itu selepas suaminya, Mohamad Fadhli Chik, 36, maut akibat dihempap pokok kelapa di Jalan Pusara, Kampung Seberang Marang dekat sini.

Dia yang hamil tujuh bulan sangat terkejut ketika ditemui kerana tidak menyangka bahawa arwah suaminya ada membuat caruman yang dikendalikan pihak koperasi tersebut.

“Arwah suami tidak pernah memaklumkan bahawa dia ada membuat caruman sebab itu saya sangat terharu ketika menerima wang pampasan itu dan berjanji akan menggunakan wang itu sebaik mungkin.

“Insya-Allah saya akan gunakan wang pampasan untuk pendidikan anak-anak selain menampung keperluan harian serta persediaan kelahiran anak ketiga kami,” katanya kepada pemberita dekat sini semalam.

Suraya menerima cek tersebut daripada Pengerusi Koguru, Alias Yahya yang turut dihadiri Pegawai Pembangunan Perniagaan, Etiqa Insurans & Takaful, Cawangan Kuala Terengganu, Abdul Malek Salleh.

Pada majlis itu, seramai 14 waris ahli keluarga turut menerima cek pampasan Etiqa Insurans & Takaful berjumlah RM167,800 dan sumbangan khairat kematian daripada Koguru sebanyak RM500 dan RM3,500 setiap seorang.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s