Terjaga dengar laungan takbir

MARANG (Harian Metro): “Pada mulanya saya sangkakan mereka mengigau apabila melaungkan takbir ketika kami berenam tidur di dalam rumah itu,” kata Ramli Mat Amin, 54, rakan dua lelaki yang cedra akibat disimbah cecair dipercayai asid Kampung Padang, Merchang, di sini, semalam.

Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila mendengar laungan takbir yang kuat daripada mangsa simbahan asid, Mohd Fazil Idrus, 18, dan Shahrul Zaman Salim, 38, ketika mereka lena tidur di sebuah rumah di kampung itu.
Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang tidur di atas sebuah katil di rumah berkenaan dan dia bersama rakan lain pula tidur di atas lantai.

“Sebelum itu, kami menonton perlawanan bola sepak dan kira-kira jam 2.30 pagi selepas selesai menonton, kami melelapkan mata. Ketika lena tidur, kami dikejutkan dengan laungan takbir daripada mangsa berikutan kesakitan yang dialami akibat terkena simbahan sejenis cecair dipercayai asid,” katanya.
Menurutnya, dia bersama tiga lagi rakannya kemudian memapah kedua-dua mangsa ke paip yang terletak di luar rumah sebelum mangsa membasuh bahagian anggota badan yang terkena simbahan asid itu.
Katanya, dia kemudian menelefon pemilik rumah yang kebetulan keluar bekerja untuk menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Merchang (KKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemilik rumah yang juga pemandu bas kilang, Muhamad Hamizi Hussin, 29, berkata dia diberitahu mengenai kejadian itu selepas selesai menghantar pekerja kilang kira-kira jam 5.15 pagi.
“Saya terus menghantar kedua-dua mangsa ke KKM berikutan mangsa mengadu mengalami kesakitan pada muka, tangan dan kaki.

“Saya melihat Mohd Fazil dalam keadaan tidak berdaya dan terpaksa dipapah berikutan mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi hanya mengadu mengalami kepedihan pada muka,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai menyimbah asid kepada kedua-dua mangsa melalui tingkap yang terbuka sebelum melarikan diri daripada rumah itu.

Katanya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan kerana rumah itu menjadi tempat bagi sekumpulan penduduk kampung berkumpul dan menyaksikan perlawanan bola sepak sekiranya ada perlawanan serta dijadikan bangsal menjahit pukat oleh ahli keluarganya.

Hamizi berkata, berikutan bimbang keselamatan keluarganya, dia kemudian membut aduan di Balai Polis Merchang kira-kira jam 6.30 pagi semalam. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian itu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s