Duda gigit telinga polis dipenjara dua bulan

Oleh MANIRAH OTHMAN manirah.othman@kosmo.com.my

MOHD. SHUKRI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas dia didenda RM2,000 semalam.

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang duda yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga hampir putus minggu lalu berbalas apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Shukri Muda, 34, yang berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota polis berkenaan mengaku salah atas perbuatannya.

Mohd. Shukri semasa mendengar keputusan itu hanya menundukkan kepala di dalam kandang mahkamah.

Dia bagaimanapun gagal membayar denda itu dan terpaksa meringkuk dalam penjara selama dua bulan.

Difahamkan Mohd. Shukri yang bekerja sebagai tukang rumah mempunyai tiga orang anak dan baru sahaja bercerai dengan isterinya enam bulan lalu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s