Kerajaan Terengganu Lulus Peruntukan Segera Baiki Jalan Jertih-K.Terengganu

BESUT, 20 Feb (Bernama) — Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan segera berjumlah RM800,000 bagi membaiki dan menaik taraf jalan berhampiran Kampung Gong Penaga di Km 10, Jalan Jertih-Kuala Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata peruntukan itu akan disalur kepada Jabatan Kerja Raya bagi melebar dan menurap jalan di kawasan berkenaan.

Ini adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat, katanya kepada pemberita selepas berjumpa dengan pengerusi dan anggota jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung daerah Besut, di sini.

Jalan sepanjang 200 meter di kampung itu baru dinaik taraf tahun lepas, namun mengalami kerosakan teruk akibat dinaiki air sehingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan termasuk mengorbankan dua nyawa bulan lepas.

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10.8 juta bagi membina lebuh raya yang akan menghubungkan pekan Keruak, Hulu Besut ke Kampung Subhanallah di sempadan Terengganu-Kelantan, menghala ke Gua Musang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s