KIST johan perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Hulu Terengganu

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (berkaca mata) meraikan kontinjen KIST yang menjuarai kategori NGO dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Hulu Terengganu di Hulu Trengganu, baru-baru ini.

HULU TERENGGANU 21 Feb. (Utusan) – Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Terengganu turut memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Hulu Terengganu yang diadakan baru-baru ini.

Kontinjen seramai 60 orang pelajar dan kakitangan itu diketuai Pengurus Hal Ehwal Pelajar, Ahmad Hairi menyertai perarakan yang merupakan salah satu daripada pengisian sambutan berkenaan.

Ia merupakan penyertaan kali pertama KIST sejak kampus itu dibuka di daerah ini.

Dengan mengenakan pakaian tradisional berwarna ungu yang menjadi identiti institusi itu, kontinjen tersebut muncul johan perarakan kategori badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 bersama sijil penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KIST cawangan Terengganu, Mohd Norizal Nawang berkata, penyertaan kolej berkenaan bertujuan memeriahkan sambutan dan bersama masyarakat.

”Juga mendekatkan pelajar dengan segala kegiatan berunsur keagamaan. Kita tidak sangka kemenangan ini,” ujarnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s