Lembah Silika tarik RM1.2b

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI – utusanterengganu@utusan.com.my

Sultan Mizan Zainal Abidin (depan) diberikan penerangan mengenai produk silika sambil disaksikan oleh Tengku Baharuddin (kiri) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, kelmarin. – BERNAMA

KUALA TERENGGANU 21 Feb. – Lembah Silika pertama seumpamanya di dunia yang akan dibangunkan di negeri ini dijangka menarik pelaburan mencecah RM1.2 bilion.

TRG Perindustrian Mineral Sdn. Bhd. (TIM) yang bekerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa akan menjadikan tapak seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang sebagai kawasan perindustrian berpusat untuk silika dan sektor yang berkaitan dengannya.

Pengerusi TIM, Tengku Sri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin berkata, ia turut melibatkan penyertaan syarikat dari Jepun, India dan Perancis yang mempunyai kepakaran dengan pembentukan TIM Konsortium.

“Konsortium ini akan melabur di antara RM350 juta dan RM400 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan penceriaan atau nilai tambah dalam industri hiliran di Lembah Silika.

“Selain itu ia juga membuka laluan pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta memberi sehingga 1,000 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Projek Lembah Silika dan Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berkenaan melawat ruang pameran yang menempatkan produk silika.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Tengku Baharuddin berkata, Terengganu mempunyai rizab terbesar pasir silika di rantau ini dengan lebih 80 juta tan metrik deposit gred tinggi.

Menurut beliau, ia dijangka mampu bertahan sehingga 75 tahun melalui kajian kebolehlaksanaan secara teliti dan sistematik mengikut piawaian antarabangsa.

Katanya, penggunaan teknologi tinggi dan kepakaran luar negara akan menjamin keluaran gred dan mutu silika yang paling tinggi untuk kegunaan industri khas seperti pembuatan kaca panel solar, TV LED, LCD dan komponen elektronik lain.

Tambahnya, TIM Konsortium merancang untuk membina kilang pemprosesan silika terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 800,000 tan metrik setahun yang dijangka akan memulakan operasi pada pertengahan tahun depan.

“Projek ini akan dibangunkan dalam empat peringkat iaitu pemprosesan pasir silika Gred 1&2 (peringkat pertama), pemprosesan silika peringkat industri tinggi (peringkat 2), pembangunan industri hiliran seperti pengeluaran sodium silikat, palet kaca mentah, blok dan rod (peringkat 3) dan penubuhan industri kaca apung di Kertih (peringkat 4).

“Kita yakin dengan adanya rod silika, blok dan palet dijangka mampu merangsang pembangunan industri desa kristal di Terengganu,” jelasnya.

Justeru katanya, bagi memperkenalkan industri kraf tangan kristal, pihaknya mewujudkan Taman Kristal Terengganu berpusat di TTI yang lengkap dengan studio, galeri, muzium serta bengkel latihan.

“Ia akan memberi nilai tambah kepada pusat pelancongan itu dengan mengadakan aktiviti berkaitan kristal kepada penduduk tempatan seperti meniup kaca, pembuatan kraf kristal serta latihan dan pendidikan,” jelasnya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s