Mangsa Simbahan Asid Dijadual Jalani Pembedahan Khamis Ini

KUALA TERENGGANU, 21 Feb (Bernama) — Dua mangsa simbahan asid di Kampung Padang Merchang, di sini, Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan bagi menampal kulit baru Khamis ini.

Mohd Fazil Hanafi Idrus, 18, dan Shahurzaman Salim, 38, yang ditempatkan bersebelahan antara satu sama lain di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kelihatan sihat namun masih kurang mampu bercakap ekoran kecederaan yang dialami.

Bapa Mohd Fazil Hanafi, Idrus Mat Nor, 54, berkata anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit peha lapisan pertamanya diambil untuk menampal sebahagian anggota badannya yang melecur teruk terkena simbahan asid itu.

“Setakat ini, doktor memaklumkan mungkin tiga hari lagi dia akan dibedah dan dia juga tidak kisah dibedah jika itu dapat membantu masa depannya. Buat masa ini, dia kurang bercakap mengenai kejadian yang berlaku dan lebih banyak mendiamkan diri,” katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata seorang lagi pekerja kontrak ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s