Terengganu Berlatih Di Thailand Hadapi Sukma

KUALA TERENGGANU, 21 Feb (Bernama) — Pasukan sepak takraw negeri Terengganu sedang menjalani latihan di Bangkok sebagai persiapan menghadapi Sukma yang akan berlangsung di Kuantan pada Jun ini.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata latihan bagi 18 pemain dalam skuad itu yang bermula 14 Feb lepas akan berakhir Ahad ini.

“Kita perlu banyak belajar dari Thailand kerana mereka mempunyai ramai pemain bertaraf dunia,” katanya.

Mohd Shapian berkata temasya kali ini, Terengganu mensasarkan dua pingat emas iaitu dalam acara berpasukan dan beregu.

Pasukan itu memenangi emas berpasukan pada temasya lalu.

Beliau berkata tujuan PSTNT menghantar pemain-pemain berlatih di Bangkok ialah untuk memberi pendedahan serta mempelajari teknik permainan khususnya servis.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s