Tiga terkorbanselepas minum

keadaan Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Jerteh-Pasir Puteh, Besut semalam.

BESUT (Kosmo)- Kegembiraan lima sahabat minum bersama selepas sekian lama tidak berjumpa tidak berkekalan apabila tiga termasuk dua beradik maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 1, Jalan Jerteh-Pasir Puteh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Nik Muhammad Firdaus Suhaimi @ Rahmat, 24, adiknya Nik Muhammad Faris, 19, serta rakan mereka Nazir Nazemi, 20, yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut.

Pemandu kereta Perodua Myvi, Wan Muhamad Shafiq Md. Zin, 20, cedera parah manakala seorang lagi penumpang kereta itu, Mohd. Fakhrulhanif Zainuddin, 26, tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kejadian berlaku apabila pemandu dipercayai gagal mengawal kereta selepas melepasi lampu isyarat di persimpangan Kampung Seberang Jerteh, menyebabkan kereta terbabas dan melanggar beberapa papan tanda.

“Pelanggaran itu mengakibatkan empat daripada mereka, kecuali Mohd. Fakhrulhanif terpelanting keluar menerusi tingkap kereta terbabit,” kata beliau.

Kamaruddin berkata, dua daripada mereka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Muhammad Faris meninggal dunia di Hospital Daerah Besut ketika menerima rawatan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s