45 projek kecil pembinaan untuk kontraktor Kelas F

Matulidi Jusoh (kanan) menyambut ketibaan Ahmad Shabery Cheek serta rombongan berbasikal di kawasan Taman Rimba Bukit Bauk, Dungun, kelmarin.

DUNGUN 28 Feb. (Kosmo)– Sebanyak 45 projek kecil pembinaan dan pengubahsuaian prasarana membabitkan peruntukan kira-kira RM2 juta ditawarkan kepada kontraktor kelas F di daerah ini.

Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh berkata, ia melibatkan kerja-kerja pembinaan longkang, melapisi jalan serta membaiki dan mengubah suai surau dan masjid.

Menurutnya, melalui peruntukan di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) itu, setiap kontraktor ditawarkan kontrak kerja bernilai RM40,000 hingga RM50,000.

“Saya berharap agar semua kontraktor yang diberikan projek pembinaan itu dapat menyiapkan kerja mereka dengan sempurna dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menyambut ketibaan rombongan berbasikal seramai 300 orang yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ke daerah ini di Taman Rimba Bukit Bauk di sini semalam.

Menurutnya, projek secara undian itu perlu disiapkan kontraktor dengan sempurna supaya tidak timbul rungutan penduduk di kemudian hari.

“Sebelum ini rungutan sering timbul daripada penduduk seperti longkang tidak mengalir dengan sempurna, jalan cepat rosak dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu juga Matulidi menegaskan, penyelia projek perlu memastikan kontraktor melaksanakan kerja dengan sempurna sebelum bayaran dibuat.

“Pihak JPP juga perlu turun padang memastikan kerja yang dilaksanakan itu betul-betul mengikut spesifikasi supaya tidak menjadi rungutan masyarakat setempat,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

One Response to 45 projek kecil pembinaan untuk kontraktor Kelas F

  1. asri trg says:

    salam 1malaysia sya asri nak tanya sya ada lesen kelas f macam mana nak ambil projek yang kerajaan bagi tu dan apa syarat2nya…blh replay kt email sya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s