Kolaborasi strategik Kolej Komuniti diperkukuh

KUALA TERENGGANU 28 Feb. (Utusan)- Kira-kira 500 graduan Kolej Komuniti di Pantai Timur akan berpeluang mengikuti latihan di lapan buah syarikat dalam pelbagai bidang industri terutama berasaskan minyak dan automotif pada tahun ini.

Ia bermula dengan pengambilan awal seramai 219 pelatih bagi fasa dua pada bulan depan yang turut memberi tumpuan kepada latihan dalam bidang teknologi binaan dan katering hotel.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) Kementerian Pengajian Tinggi, Azmi Mat Noor berkata, penempatan mereka hasil hasil kolaborasi strategik bersama pihak industri sejak setahun lalu.

Katanya, melalui program latihan selama tiga hingga enam bulan itu, seramai 81 graduan telah ditempatkan sebagai tenaga kerja berkemahiran dalam industri berimpak tinggi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kolaborasi Industri Petrokimia, Minyak, Gas serta Perasmian Penutup Kayuhan Lasak dan ‘Fixie East Eco Challenge’ (ECEC), di sini baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohd. Khairi Abdul Malik.

Katanya, fasa kedua latihan itu turut melibatkan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan syarikat berasaskan petrokimia, minyak dan gas.

“Kolaborasi ini bertujuan membantu secara terancang dan berterusan dari pembekalan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada industri yang beroperasi dalam Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER),” ujarnya.

Pada majlis itu, wakil lapan buah syarikat yang mengambil tenaga kerja di Terengganu menerima Sijil Kolaborasi termasuklah Petronas Gas Sdn. Bhd.

Juga Kencana Petroleum Berhad, Optimal Chemicals (M) Berhad, Hyundai-PFCE Consortium, Kaefer (M) Sdn. Bhd, B.b Tech Services Sdn. Bhd, Mazlan Engineering Services Sdn. Bhd dan SF Scaffold Resources Sdn. Bhd.

Seramai 19 pelajar dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kuantan yang akan menamatkan latihan pula menerima Sijil Kompetensi, Kad Oil & Gas Safey Passport NIOSH.

Para pelajar itu turut menerima surat tawaran pekerjaan dengan gaji permulaan RM1,200 ke atas.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s