Peruntukan Permulaan RM9 Juta Untuk Program Pembangunan Bandar Ketengah Jaya

DUNGUN, 28 Feb (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM9 juta buat permulaan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk perancangan program pembesaran pembangunan Bandar Ketengah Jaya dekat sini.

Ia bertujuan memastikan penduduk luar bandar juga dapat menikmati segala kemudahan dan pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perancangan pembesaran bandar tersebut akan dibangunkan kepada tiga fasa dimana ia membabitkan keluasan tanah 45 hektar dengan kos anggaran RM30 juta keseluruhannya.

“Buat masa ini, fasa pertama pembangunan ini melibatkan sekitar lapan hektar akan dimajukan bermula sekitar tahun depan.

“Ia dijangka akan menempatkan 28 lot rumah kedai dan 224 rumah serta kemudahan infrastruktur supaya penduduk kampung mendapat manfaat daripada usaha kerajaan yang dibina Ketengah tidak lama lagi,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

One Response to Peruntukan Permulaan RM9 Juta Untuk Program Pembangunan Bandar Ketengah Jaya

  1. Memajukan kwsan bandar ketengah jaya mohammad bin Ismail bantu brsama ketengah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s