Guardini Juara Peringkat Ke-9 LTdL, Rampas Semula Jersi Biru

KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Bernama) — Pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini mencipta kemenangan kelima pada jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 selepas menguasai peringkat kesembilan pada Sabtu.

Pakar pecut Itali berusia 22 tahun itu turut merampas semula Jersi Biru dengan menamatkan saingan sejauh 165.7km dari Kemasik ke Kuala Terengganu dengan catatan masa tiga jam 27 minit 06 saat.

Dalam cuaca hujan, Guardini merakamkan kejayaan ke-10 di LTdL, sekali gus mencipta rekod kemenangan terbanyak selepas memenangi lima peringkat pada edisi tahun lepas.

“Memenangi 10 peringkat perlumbaan adalah amat istimewa bagi saya. Ianya perlumbaan begitu signifikant di mana saya memulakan karier sebagai profesional di sini tahun lepas. Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan untuk membuka laluan bagi mendahului sebelum menang hari ini,” kata Guardini.

Saingan merebut Jersi Biru (Raja Pecut) masih belum menjadi milik Guardini walaupun menerajui kedudukan dengan 79 mata setelah terikat kedudukan dengan pelumba pasukan Astana Pro Team, Valentin Iglinskiy dari Kazakhstan.

Guardini menyarung Jersi Biru selepas menjuarai peringkat kesembilan dan kedudukan jersi Kuning (Pelumba Terbaik Keseluruhan), Merah (Pelumba Pendakian Terbaik) dan jersi Putih, selaku pelumba terbaik Asia masih tidak berubah.

Pelumba Colombia, Jose Serpa dari pasukan Androni Giocattoli masih mengekalkan jersi Kuning dan jersi Merah untuk kali kelima berturut-turut sejak peringkat kelima.

“Kita masih perlu tunggu untuk peringkat akhir esok untuk menentukan pemenang jersi Kuning. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi kita mempunyai peluang yang lebih cerah,” kata pelumba veteran berusia 32 tahun itu.

Pelumba Kazakhstan Alexandre Dyachenko dari Astana Pro Team masih mempertahankan jersi Putih selepas mengumpul catatan masa 30:21:03s.

Dyachenko berkata saingan ini adalah sukar kerana hujan sepanjang perlumbaan dan beliau cuba membantu rakan sepasukan Iglinsky untuk melakukan pecahan.

“Peringkat hari ini khusus untuk pecutan dan sebab itu amat sukar untuk mendapatkan jersi Kuning. Peringkat terakhir esok adalah mudah untuk melakukan pecutan kerana jaraknya singkat dan laluan yang rata. Sebab itu saya akan membantu Iglinsky,” katanya.

Perlumbaan ke-10 dan terakhir dalam edisi ke-17 ini pada Ahad merangkumi jarak sepanjang 114.8km dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s