PKR Berhasrat Tanding Tiga Parlimen Dan 11 DUN Di Terengganu Pada PRU Ke-13

KUALA TERENGGANU, 4 Mac (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhasrat meletakkan tiga calon untuk bertanding bagi kawasan parlimen dan 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Terengganu Azan Ismail tidak mengumumkan secara terperinci kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi PKR.

“Hasrat kita ini akan bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain, kemudian ia akan ‘dimurnikan’ sebelum keputusan muktamad dibuat pada 15 Mac ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sebaik sahaja keputusan muktamad dari peringkat pusat diperoleh kelak.

Azan berkata, cadangan meletakkan angka pencalonan itu adalah sebagai menyambut hasrat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PAS dan DAP agar PKR memberi gambaran dan kesediaan bekerjasama bagi menghadapi PRU ke-13.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s