Terengganu ketandusan produk tradisional

KUALA TERENGGANU 4 Mac (Utusan) – Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menghadapi kesukaran mendapatkan lebih banyak produk tradisional negeri ini untuk diketengahkan di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azmi Razik berkata, setakat ini produk yang dikeluarkan adalah terbatas dan hanya sebahagian daripadanya mampu menembusi pasaran luar negeri ini kerana tidak dihasilkan dengan baik.

Justeru, beliau berharap masyarakat di negeri ini khususnya golongan usahawan mempelbagaikan produk mereka dan tidak hanya tertumpu kepada produk sama yang dihasilkan pengusaha lain.

“Memang ada produk industri kecil dan sederhana yang berjaya menembusi pasaran luar seperti keropok, batik, songket, tembaga dan sebagainya.

“Bagaimanapun, pada masa sama kita masih ketandusan produk tradisional lain yang juga berpotensi untuk diketengahkan tetapi ia tidak dihasilkan dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Azmi seterusnya menyarankan supaya usahawan tempatan mengubah minda dalam usaha menarik minat pelanggan mendapatkan produk mereka walaupun terpaksa bersaing dengan gedung-gedung beli-belah lain.

Menurutnya, lebih ramai usahawan berjaya dan mempunyai potensi masa depan yang baik perlu dilahirkan di negeri ini.

“Pada masa ini kita dapati kuasa beli masyarakat di negeri ini cukup tinggi dan jutaan pelanggan menyerbu pasar raya besar di negeri ini seperti Mydin Mall dan Giant.

“Bagi tujuan itu, masyarakat perlu mempunyai pilihan menerusi penawaran produk-produk tradisional keluaran golongan usahawan yang benar-benar berkualiti serta memenuhi selera pelanggan,” ujarnya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s