Desa Ukiran Kayu martabatkan warisan

Oleh RADHUAN HUSSAIN – utusanterengganu@utusan.com.my

Salah satu sudut menarik di Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, Besut.

BESUT 5 Mac – Besut merupakan daerah yang boleh dianggap sebagai salah satu gedung kesenian Melayu dengan para penggiatnya masih terus mewarnai kehidupan melalui apa yang mereka warisi dan pertahankan.

Ini termasuklah seni ukiran kayu dengan nilai estetika yang cukup tinggi dan dikagumi, ditonjolkan oleh para seniman tradisional melalui hasil pertukangan yang dilakukan dengan penuh kecintaan.

Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) di Kampung Raja di sini adalah manifestasi kepada Besut Daerah Ukiran Kayu yang telah diisytiharkan pada 12 Ogos 1999 oleh kerajaan ngeri.

Ia sekali gus merupakan satu pengiktirafan terhadap pengukir-pengukir kayu tersohor di sini seperti Allahyarham Che Long Yusof, Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) dan Allahyarham Wan Su Othman (Tokoh Seni Negara 1997).

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi, Warisan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s