Keldai Dadah Terjerat Hantar Dadah Kepada Polis Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) — Seorang keldai dadah terjerat ketika mahu menghantar bekalan dadah kepada anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Omar di sini Khamis lepas.

Keldai dadah itu berusia 21 tahun dan berasal dari Besut, dipercayai baru sahaja menjalankan aktiviti tersebut.

“Suspek ketika itu berada berseorangan di tepi jalan berhampiran restoran terbabit untuk menyerahkan bekalan berkenaan. Dia kemudiannya terkejut dengan kehadiran anggota polis yang menyamar sebagai orang preman.

“Hasil siasatan lanjut ke atas kenderaan Perodua Viva milik suspek, polis menemui 690 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin ketika dihubungi Bernama Isnin.

“Siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh baru sebulan menjalankan urusan ini dan bergiat aktif di sekitar daerah Besut,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s