Sukan Ekstrim Kejohanan Drive Ride 4×4 Antarabangsa Bermula Jumaat

MARANG, 6 Mac (Bernama) — Seramai 1,800 peserta sukan ekstrim dijangka menyertai cabaran Kejohanan Drive Ride (DR) 4X4 Ranggok Antarabangsa di trek lasak, Kampung Gong Cempedak, di sini bermula Jumaat hingga Ahad (9-11 Mac) ini.

Kejohanan yang diadakan julung kali dan menawarkan hadiah keseluruhan RM31,000 itu bakal memperlihatkan cabaran peserta tempatan dan luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand dan Australia.

Penasihat Eksekutif Kejohanan Datuk Razali Idris berkata penganjuran sukan lasak seumpama itu diharap mampu mempromosi Terengganu sebagai negeri sukan ekstrim di samping mampu menarik minat belia menyertai aktiviti berfaedah itu.

“Kami jangkakan kejohanan ini bakal menarik perhatian golongan remaja yang berminat pada sukan lasak sekali gus dapat mengelak daripada terjerumus kepada aktiviti tidak berfaedah seperti merempit,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Pertandingan itu akan terbahagi kepada empat disiplin iaitu motorcross, cubcross, mountain bike dan acara kemuncak iaitu cabaran pacuan empat roda. Setiap acara terbahagi kepada kategori individu dan berpasukan dan terbuka kepada peserta berusia 10 tahun ke atas.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s