Terengganu Bakal Perkenal Program Matrikulasi UniSZa – TATiUC

KUALA TERENGGANU, 6 Mac (Bernama) — Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan program Matrikulasi Perubatan yang akan dibuat secara kerjasama di antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) dan Kolej Universiti Tati (TATiUC).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abd Rahman berkata cadangan itu akan dibawa ke Kementerian Pengajian Tinggi minggu depan, bagi mendapat kelulusan.

“Kita akan mulakan pengambilan pertama dengan memberi keutamaan kepada 60 pelajar (Sekolah) Imtiaz yang bertujuan melahirkan golongan doktor perubatan memiliki ‘islamic medical’,” katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Pengurusan TATiUC, berkata pengambilan pelajar Imtiaz menepati hasrat kerajaan negeri yang mahu melahirkan lebih ramai kumpulan profesional dalam bidang perubatan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, selain mampu menghafaz al-Quran.

Selain itu, langkah ini juga diharap dapat menyelesaikan tuntutan fardu kifayah khususnya bagi meningkatkan bilangan doktor wanita di Terengganu dan Malaysia amnya, kata Ahmad Razif.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s