Prestasi STPM Terengganu Atasi Peringkat Pusat

KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) — Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said Rabu meluahkan rasa gembira kerana prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri itu mengatasi peringkat pusat.

Terengganu mencatatkan pencapaian 95.34 peratus berbanding peringkat pusat 93.96 peratus, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini.

Beliau berkata daripada 2,810 calon yang menduduki STPM tahun lepas, 2,679 mendapat lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Ini merupakan peningkatan 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Ahmad yang berharap Terengganu dapat mengekalkan kedudukan sebagai negeri terbaik STPM bagi empat tahun berturut-turut.

“Saya ucapkan tahniah kepada anak-anak Terengganu serta mereka yang terlibat di mana sekali lagi menunjukkan kecemerlangan Terengganu dalam peperiksaan itu,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s