T-Team Resah Fadli Cedera Hadapi Pahang

KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) — Pasukan T-Team berdepan kerisauan dan perlu mencongak formula baru selepas penyerang Fadli Saari mengalami masalah kecederaan menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Sabtu ini.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata Fadli cedera di peha ketika bermain menentang Sarawak dalam Liga Super di sini Jumaat lepas.

“Kita akan lihat perkembangan kecederaan Fadli dalam sehari dua lagi. Saya harap dia sempat pulih,” katanya kepada Bernama di sini.

Kerisauan Yunus itu bagaimanapun sedikit terubat apabila pemain pertahanan Shahril Faisal Sharifuddin akan kembali memantapkan benteng pertahanan pasukan.

Shahril tidak diturunkan dalam dua perlawanan lepas kerana menerima kad merah ketika menentang Perak di sini pada 11 Feb lepas.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s