Terengganu Senarai 24 Pelumba Ke Sukma Pahang

KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) — Skuad berbasikal Terengganu telah menyenaraikan 24 pelumba termasuk 12 wanita untuk menggalas cabaran negeri ke Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, dari 7 hingga 16 Julai depan.

Jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka yang terpilih termasuk 10 muka lama yang diharap dapat memberi bimbingan dan semangat kepada pelumba-pelumba baru.

“Kita membuat pemilihan pelumba lebih awal supaya kita mudah mengatur persiapan dan latihan seterusnya menjelang Sukma ini,” katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Syed Mohd Hussaini berkata sasaran Terengganu sekurang-kurangnya lima pingat emas tetapi merupakan bonus buat pasukan sekiranya mencapai lebih daripada sasaran.

Beliau berkata daripada 10 pelumba lama, lima adalah lelaki iaitu Mohammad Adiq Husaini Othman, Mohd Zulhilmi Nafiz Aamri, Nor Amirul Fakharuddin, Mohd Khairul Azizi Abdullah dan Saufian Naibih Umar Bakti.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s