Kerajaan Terengganu Terima Lima Permohonan Untuk Bangunkan Industri Bijih Besi

KEMAMAN, 9 Mac (Bernama) — Kerajaan Terengganu menerima lima permohonan syarikat luar yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam industri melombong bijih besi di Bukit Besi menerusi pelaburan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said Beliau berkata permohonan daripada tiga syarikat dari negara China dan masing-masing satu dari India dan Abu Dhabi, itu dijangka mampu memberi pendapatan besar kepada ekonomi negara selain mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Syarikat tersebut masing-masing telah menghantar permohonan kepada kerajaan negeri dan mengemukakan kajian daya maju kawasan itu. Mereka telah buat kajian terperinci, berbincang dan sebagainya. Tengoklah, kita tunggu siapa yang akan buka kilang yang lebih besar dan boleh memberi manfaat pembukaan tersebut kepada negeri, barulah kita akan berikan,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Ahmad bagaimanapun berkata hanya satu syarikat sahaja diperlukan untuk mengusahakan kawasan perlombongan seluas 320 hektar itu.

“Kita belum tahu lagi berapa anggaran pelaburan yang akan dibuat nanti kerana ia berdasarkan kapasiti pengeluaran syarikat. Namun saya rasakan pembukaan kilang kini perlukan 1 bilion sekurang-kurangnya,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s