Sistem Modular Untuk Pelajar Tingkatan Enam Mulai Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) — Kerajaan berharap kemasukan pelajar ke tingkatan enam akan bertambah apabila sistem modular yang dilihat tidak membebankan pelajar diperkenalkan mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pelajar peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai tahun ini akan menggunakan kaedah baru menggantikan sistem terminal di mana pelajar tidak lagi mengambil peperiksaan di akhir tahun sebaliknya akan mengguna pakai sistem mengikut penggal.

“Di bawah sistem modular, pelajar akan mengambil peperiksaan mengikut penggal dan keputusan tersebut akan digabungkan di penggal ketiga untuk menentukan indeks pencapaian mereka nanti.

“Mereka juga boleh mengulangi mana-mana mata pelajaran yang dirasa keputusannya tidak memuaskannya sehingga peperiksaan penggal ketiga,” katanya kepada pemerita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama Tok Jiring di sini pada Khamis.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s