TSG Cari Pakar Bukit Sahut Seruan Menteri Besar

KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) — Terengganu Cycling Team (TSG) dijangka menambah seorang lagi pelumba import yang memiliki kepakaran mendaki bukit bagi memantapkan persediaan menghadapi kejohanan di masa depan termasuk Le Tour de Langkawi (LTdL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sophian Abu Bakar berkata pelumba berkenaan mungkin diambil dari pelumba LTdL yang baru berakhir.

“Namun kita masih menilai pelumba yang mencipta nama dalam kategori bukit untuk diberi tawaran menyertai pasukan TSG menjelang tahun depan,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyaran TSG mencari pelumba berpotensi bagi kategori bukit untuk diserapkan ke dalam pasukan ekoran TSG banyak kehilangan mata di laluan berbukit kerana ketiadaan jaguh.

Mohd Sophian berkata TSG akan memberikan keutamaan kepada pelumba luar negara memandangkan pelumba negara luar berkebolehan dan berskil dalam kayuhan berbukit.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s