PBSNT Nafi Pemain Terengganu Jual Permainan

KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) — Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh menafikan ada di kalangan pemain Terengganu menjual permainan.

Beliau berkata pasukan Terengganu bersih dan bebas dari masalah berkaitan rasuah atau mengatur perlawanan seperti yang didakwa sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan moral dan semangat pemain negeri ini.

“Perkara ini dibangkitkan oleh sesetengah pihak apabila melihat prestasi pasukan Terengganu tidak menentu dalam saingan Liga Super, Piala FA mahupun Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Janganlah orang luar buat tanggapan negatif seolah-olah hendak menggugat prestasi pasukan kita,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Che Mat yang juga pengurus pasukan berkata beliau yakin pemain Terengganu tidak terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s