Terengganu peruntuk RM20 juta bina empat masjid baru

DUNGUN 14 Mac – Lebih RM20 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi membina empat buah masjid baru di Terengganu pada tahun ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd. Rozali Saleh berkata, setiap masjid itu mampu menampung seramai 1,000 hingga 2,000 jemaah dan melibatkan kos pembinaan antara RM4 juta hingga RM6 juta.

Katanya, tiga masjid akan dibina di Kuala Terengganu iaitu di Kampung Darat Batu Rakit, Kampung Kebor Air, Kampung Gong Tok Nasek dan sebuah lagi di daerah ini iaitu di Kampung Paya Pelandang.

“Tender tiga buah masjid itu akan dikeluarkan tidak lama lagi, manakala di Gong Tok Nasek pula masih dalam proses kajian pembinaan.

“Kos pembinaan setiap masjid tidak sama kerana ia bergantung kepada proses pengambilan balik tanah, keluasan masjid yang bergantung kepada kapasiti kariah serta binaan tambahan termasuklah kelas mengaji al-Quran, perpustakaan dan ruang letak kenderaan,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s