Tiket Piala AFC Terengganu/Kitchee FC Dijual 19 Mac

KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) — Tiket untuk perlawanan kedua kumpulan F Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) antara Terengganu dan pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC akan mula dijual sehari sebelum perlawanan iaitu pada 19 Mac.

Perlawanan bermula pukul 4.45 petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 20 Mac.

Pegawai media kejohanan Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof berkata tiket terbahagi kepada dua kategori iaitu RM30 untuk tempat duduk berbumbung dan RM15 untuk tempat duduk terbuka.

“Penonton boleh membeli tiket perlawanan di pintu stadium berkenaan dari pukul 3 hingga 6 petang pada 19 Mac dan pukul 9 pagi pada hari perlawanan sekiranya tiket masih belum habis dijual,” katanya kepada pemberita semasa sidang media mengenai perlawanan itu di sini Rabu.

Sheikh Tajuddin, yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, (PBSNT) berkata penonton yang menyaksikan perlawanan itu akan dibenar masuk ke dalam stadium pada pukul 3 petang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s