Pusat Tekonologi Pembenihan Tanjung Demong Hasil Ikan Kerapu Hibrid

BESUT, 15 Mac (Bernama) — Pusat Teknologi Pembenihan Akuakultur Marin di Tanjung Demong berjaya menghasilkan ikan kerapu spesis baru yang berpotensi mempunyai nilai komersial tinggi untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata spesis yang diberi nama Ikan Kerapu Hibrid adalah hasil pencantuman benih ikan Kerapu Harimau betina (Epinephelus Fuscoguttatus) dengan ikan Kerapu Kertang jantan (Epinephelus Lanceolatus).

“Spesis baru ini mempunyai nilai potensi yang tinggi kerana ia cepat membesar berbanding ikan sedia ada dan mampu optimumkan pengeluaran.

“Malah ia memberikan hasil pulangan yang tinggi kepada penternak kerana harga pasarannya mampu mencecah sehingga RM110 sekilogram,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Promosi Teknologi Akuakultur Ikan Kerapu Hibrid di sini Khamis.

Beliau berkata ikan Kerapu Hibrid ini mampu menembusi pasaran Asia Pasifik terutamanya China dan Jepun memandangkan negara berkenaan membuat permintaan dan mengimport ikan kerapu yang tinggi buat masa ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Penyelidikan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s