Majlis Daerah Kemaman Bina 1,913 Unit Rumah Di Empat Kawasan DUN

KEMAMAN 15 Mac (Bernama) — Sebanyak lima projek perumahan kos rendah membabitkan 1,913 unit rumah sedang dibina di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Projek yang dibina bermula tahun ini melibatkan empat kawasan iaitu Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih.

Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman berkata daripada jumlah itu hanya tiga di bawah projek perumahan kos rendah melibatkan 466 unit rumah dibina di Gong Cengal, Kemasik, Perasing Jaya, Air Putih (485 unit) dan Padang Kubu, Kijal (500 unit).

Katanya baki selebihnya untuk Projek Rumah Mampu Milik melibatkan pembinaan sebanyak 362 buah rumah di Paya Berenjut, Chukai dan 100 unit rumah di Kerteh, Kemasik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pembangunan daerah Kemaman kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena lawatan dua hari baginda ke daerah ini di Pejabat Daerah Kemaman di sini Khamis.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s