Jambatan Baru Menggantikan Yang Lama Di Sungai Marang

MARANG, 19 Mac (Bernama) — Sebuah jambatan baru berharga RM80 juta dirancang dibina menggantikan Jambatan Sungai Marang sekarang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut, kata Pegawai Daerah Marang, Abdul Rahman Che Ali.

Bercakap kepada pemberita selepas taklimat pembangunan daerah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melawat ke pejabat daerah itu pada Isnin, pegawai itu berkata jambatan baru yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 itu mempunyai laluan kenderaan empat lorong.

Katanya, tumpuan diberi terhadap pembinaan jambatan itu sebagai usaha menaiktaraf jambatan Sungai Marang kerana jambatan lama yang sempit itu merupakan laluan utama dan hanya mempunyai dua lorong pergi-balik.

Abdul Rahman berkata jambatan baru itu akan dibina dengan ketinggian sehingga lapan meter bagi membolehkan laluan bot besar persiaran dan bot nelayan di sungai berkenaan walaupun dalam keadaan air pasang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s