Piala AFC: Terengganu Tumpas 0-2 Kepada Kitchee FC

KUALA TERENGGANU, 20 Mac (Bernama) — Skuad Terengganu dirundung duka apabila dimalukan 0-2 di hadapan penyokong sendiri kepada pasukan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC pada perlawanan kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah petang Selasa.

Ini menyaksikan perang psikologi Hong Kong terhadap cuaca panas gagal dimanfaatkan Terengganu untuk mengutip tiga mata penuh seterusnya hampa muncul sebagai pendahulu saingan kumpulan F.

Beraksi di hadapan 10,000 penyokong nyata tidak menggoyahkan rentak Kitchee FC apabila terlebih dahulu mengejutkan skuad Penyu selang seminit sebelum babak pertama tamat (min-44) yang berpunca daripada hantaran lintang Lam Ka Wai kepada penyerang berbangsa Sepanyol, Jorge Tarres Paramo.

Akibat daripada kelekaan barisan pertahanan, Paramo bijak mencari peluang mudah meledak gol pembukaan menewaskan penjaga gol Mohd Shamirza Yusoff.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak didik Mat Zan Mat Aris bangkit mengatur serangan yang menyaksikan Terengganu banyak mengawal permainan selang babak kedua berlangsung.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s