Sultan Mizan Mahu Anak Muda Terengganu Ceburi Bidang Penternakan Dan Pertanian

MARANG, 19 Mac (Bernama) — Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Isnin bertitah supaya anak muda di negeri itu menceburi bidang penternakan dan pertanian selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu Terengganu muncul sebagai pusat pengeluaran daging ternakan terbesar di Pantai Timur.

Baginda juga menyarankan agar rakyat mencontohi usahawan di negeri ini yang berjaya membina empayar perniagaan dalam industri berkenaan.

Sultan Mizan bertitah demikian selepas mendengar taklimat operasi syarikat penternakan kambing, Cosmopal Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Zainudin Zakaria di Serating di sini hari ini.

Baginda diiringi Sultanah Nur Zahirah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Selepas 12 tahun beroperasi dengan modal RM2.6 juta dan 40 ekor kambing pada tahun 2000, Cosmopal kini antara pengeluar dan pembekal kambing terbesar di Malaysia dengan hasil purata jualan mencecah RM1.3 juta setahun.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s