Top IT Lakar Sejarah Hasilkan Telefon Untuk Pasaran Global

KUALA TERENGGANU, 20 Mac (Bernama) — Top IT Industries Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu mengorak langkah menghasilkan peralatan telefon komputer bersaiz poket yang dilengkapi ciri telefon pintar untuk pasaran antarabangsa.

Alat komunikasi canggih yang pertama diperkenalkan di dunia itu menggunakan perisian “Windows 7” sepenuhnya dan dilengkapi ciri terkini dalam kejuruteraan hasil gabungan telefon dan komputer dengan kerjasama syarikat tempatan Advance Tech Communications Sdn Bhd yang mempunyai penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang elektronik.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat Top IT menjadi tempat pemasangan peralatan tersebut yang dinamakan Magic W3 di mana ia akan mula dipasarkan untuk pasaran dunia menjelang pertengahan tahun ini.

“Difahamkan, buat permulaan, sebanyak 500 unit Magic W3 akan dikeluarkan untuk pasaran Asia seperti Hong Kong dan China sebelum ia dipasarkan ke tempat lain termasuk Malaysia.”

“Ia akan dijual pada harga kira-kira RM3,000 seunit dan disasarkan kepada golongan profesional,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tablet T@Droid dan Magic W3 di Hotel Primula Beach di sini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s