Empat Lelaki Terlibat Kemalangan Tinggalkan Kereta Mewah

BESUT, 22 Mac (Bernama) — Empat lelaki yang menaiki sebuah BMW menghilangkan diri dan meninggalkan kenderaan itu sejurus terlibat dalam kemalangan di kilometer 0.5 Jalan Kuala Terengganu-Jertih di Kampung Mak Sara di sini, kira-kira pukul 5.30 pagi Khamis.

Kenderaan itu dipercayai dipandu laju, terbabas ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain menyebabkannya melanggar tiang lampu di pembahagi jalan sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata pihaknya menemui beberapa peralatan seperti pemotong besi dan parang ketika memeriksa kereta yang ditinggalkan itu.

“Sehingga tengah hari ini, masih belum ada laporan polis berhubung kemalangan daripada mangsa dan kita cuba menjejaki mereka selain mengenalpasti pemilik kenderaan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau meminta mana-mana pihak yang tahu atau melihat kemalangan itu untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s