iSHARP eksport udang RM150 juta setahun

Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Abu Bakar Tun Ibrahim (tiga dari kiri) memasukkan udang yang ditangkap dari kolam projek iSHARP sambil diperhatikan Sultanah Nur Zahirah (kiri) dan Ahmad Said (kanan) di Kampung Nyatuh, Setiu, kelmarin.

SETIU 23 Mac Utusan – Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh di sini yang diusahakan oleh Blue Archipelago Bhd. bakal menjadi pembekal udang putih utama negara yang mampu menjana nilai eksport berjumlah RM150 juta setahun.

Nilaian produk itu dijangka mula diperoleh selepas semua kolam di kawasan seluas 1,000 hektar membabitkan 616 buah kolam milik anak syarikat Khazanah Nasional Berhad tersebut mula beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Projek iSHARP itu yang mula dibangunkan kira-kira dua tahun lalu mengikut dua fasa termasuk membina sebuah kilang pemprosesan udang dengan kapasiti 15 metrik tan sehari.

Ia dijangka menembusi pasaran premium udang di Jepun, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago Bhd., Abu Bakar Tun Ibrahim berkata, pihaknya yakin udang putih itu mampu menembusi pasaran antarabangsa kerana ternakan tersebut berpotensi mengeluarkan hasil berkualiti selain diperakui konsisten dan sesuai untuk pasaran premium.

Menurutnya, syarikatnya yang sebelum ini turut mengendalikan projek Ladang Ternakan Udang Bersepadu di Kuala Kerpan, Kedah (iKERPAN) sejak awal 2008 telah mendapat pengiktirafan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi antarabangsa yang berkaitan seperti Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Amalan Pertanian Baik (ABP).

“Bagi peringkat pertama, kami akan melaksanakan 216 buah kolam udang pada tahun ini dengan pengeluaran hasil sebanyak 2,100 metrik tan manakala 400 buah kolam lagi untuk fasa kedua yang akan dibina tahun depan kemampuan mengeluarkan hasil sebanyak 3,900 metrik tan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah sempena lawatan baginda ke projek ternakan udang itu di Kampung Nyatuh di sini semalam.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Abu Bakar memberitahu, buat masa ini, sejumlah 48 buah kolam yang dikendalikan oleh 108 pekerja yang kebanyakannya merupakan kakitangan iSHARP merupakan penduduk setempat.

“Kami juga akan membangunkan sebuah Pusat Pembenihan Udang tahun depan yang boleh membekalkan lebih satu bilion benih udang setahun selain dapat menampung keperluan para penternak kecil udang di beberapa tempat sekitar Pantai Timur,” ujarnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s