Kepakaran Jepun Bantu Pertingkat Kecekapan Anggota APMM Malaysia

KEMAMAN, 22 Mac (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yakin kecekapan anggota penguatkuasanya dapat dipertingkatkan melalui seminar-seminar yang dijalankan dengan kerjasama pasukan polis pantai Jepun (JCG).

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sumber Manusia APMM, Mohd Husaini Saidi berkata melalui seminar itu, anggota APMM diberi pendedahan untuk meningkatkan ilmu mengenai siasatan, pengumpulan maklumat dan analisis risikan jenayah untuk melumpuhkan kegiatan kumpulan jenayah yang berleluasa di perairan negara.

“Setakat ini, seramai 50 orang anggota APMM telah menyertai seminar ini, di mana 30 orang darinya adalah peserta pada tahun lepas dan 20 orang lagi menyertainya di Pusat Latihan dan Akademik Maritim Malaysia di Sungai Ular, Kuantan yang bermula sejak 13 Mac lalu.

“APMM berpuas hati dengan perkongsian kepakaran dari tenaga mahir penguatkuasa JCG melalui Japan International Cooperation Agency (JICA) yang banyak memberi ilmu kepada anggota APMM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Maritim Laut di pangkalan APMM Wilayah Timur dekat Teluk Kalong di sini hari ini.

Selain seminar, APMM turut menghantar tiga pegawainya untuk mengikuti kursus selama setahun ke Jepun bagi memantapkan lagi teknik terbaru untuk menghadapi kegiatan jenayah di perairan pantai.

Sementara itu, penasihat JCG, Katsuaki Nagasaki berkata, beliau kagum dengan semangat dan komitmen tingi yang ditunjukkan oleh anggota APMM untuk mempelajari ilmu dari negaranya, berbeza dengan peserta dari negara lain.

Beliau yang berpengalaman selama 15 tahun menjaga keselamatan perairan Jepun menegaskan Malaysia bertuah kerana perairan pantainya lebih selamat daripada ancaman jenayah laut yang serius seperti lanun.

“Kami tidak hanya perlu berdepan dengan serangan lanun, bahkan kami perlu bersedia untuk menghadapi bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi di mana khidmat kami sangat diperlukan oleh rakyat Jepun.

“Tenaga pengajar kami telah mencurahkan semua pengalaman dan berkongsi kepakaran dengan anggota APMM dan berharap ilmu ini akan digunakan untuk memastikan perairan pantai Malaysia selamat dari sebarang pencerobohan, aktiviti penyeludupan dan jenayah kemanusiaan,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s