Terengganu Sasar Tarik Empat Juta Pelancong Sempena TMT 2013

KUALA TERENGGANU, 22 Mac (Bernama) — Kerajaan Terengganu menyasarkan untuk menarik lebih empat juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata untuk tujuan itu kerajaan akan memperhebatkan promosi terutama untuk menarik pengunjung ke kawasan pelancongan Tasik Kenyir.

“Sasaran kita untuk menarik lebih empat juta pelancong pada TMT 2013. Tahun lepas Terengganu dikunjungi 3.8 juta pelancong manakala sasaran untuk tahun ini 3.9 juta,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) di sini Khamis. Turut hadir, Pengerusi PPNT Wan Supian Wan Ishak.

Abdul Rahin berkata untuk TMT 2013, kerajaan akan mengadakan pertandingan mencipta logo TMT 2013 yang dibuka kepada penuntut Art & Design Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertemakan Aspirasi Darul Iman — Satu Idea Seribu Harapan.

Beliau berkata TMT 2013 juga akan mengetengahkan sukan lasak seperti pertandingan pacuan empat roda, buggy air serta pertandingan tradisional seperti perahu panjang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s