HUTeC cetus kecemerlangan

HULU TERENGGANU 23 Mac Utusan – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menggerakkan usaha terancang melalui Projek Hulu Terengganu Cemerlang 2012 (HUTeC-2012) bagi memperkasakan pendidikan daerah pedalaman ini seiring dengan perkembangan arus perdana.

Penyelaras projek, Mohd. Yuseri Che Din memberitahu, HUTeC yang melibatkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak bakal dilancarkan Ahad ini dan menyasarkan kecemerlangan kokurikulum dan sahsiah diri merangkumi semua aspek jasmani dan rohani.

“HUTeC-2012 merupakan lontaran idea Pegawai Pelajaran Daerah, Shafruddin Ali Husin yang cuba menggerakkan arus perubahan dengan lebih berkesan ke arah mencetuskan tradisi kecemerlangan dalam pendidikan di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, projek itu turut berlandaskan 26 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merangkumi pembentukan sahsiah para guru dan pelajar, kecemerlangan dalam bidang koakademik, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Bai’ah sekolah menengah dan rendah di samping program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Selain itu katanya, ia juga melibatkan penggunaan ICT secara menyeluruh, penghayatan dalam bidang keagamaan, penyelenggaraan projek pembangunan secara pintar dan peningkatan profesionalisme warga pendidik.

“Harapan itu tidak mustahil dicapai sekiranya mendapat sokongan seluruh warga pendidik dan pelajar bersama penyertaan menyeluruh pihak lain termasuk ibu bapa, agensi kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan,” ujarnya.

Katanya, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman akan menyempurnakan pelancaran projek selain turut memberikan peruntukan khas bagi menguruskan HUTeC-2012 dengan harapan ia menjadi nadi kebangkitan Hulu Terengganu dalam pelbagai bidang.

Projek ini turut mendapat sokongan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) yang menaja 10,000 naskah akhbar Utusan Malaysia selama setahun kepada sekolah menengah terpilih di daerah ini bagi memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pendidikan (ADaP).

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s