Piala FA: Terengganu menang tipis

KUALA LUMPUR — Juara bertahan Terengganu, Kelantan dan Kedah menempuh laluan berbeza pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA malam semalam.

Terengganu yang merupakan juara Piala FA pada 2000 dan 2011 hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ketika bertemu Lions XII dari Singapura di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pemain tengah skuad Penyu, Joseph Kalang Tie muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan Kalang Tie yang terkena pemain pertahanan pelawat, Sevki Sha’ban sebelum menerjah jaring untuk menewaskan Hyrulnizam Juma’at di gawang Lions XII.

Pasukan pelawat sebelum itu ditimpa malang apabila pemain pertahanannya, Hariss Harun dikenakan kad merah oleh pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar kerana menyiku penyerang import skuad Penyu dari Liberia Francis Forkey Doe pada minit ke-53.

Jiran mereka, Kelantan mencatatkan kemenangan selesa, 3-0 ke atas pasukan kelab SPA FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuka tirai jaringan untuk skuad Kijang pada minit ke-45 sebelum pemain tengah Nor Farhan Mohamad menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Nor Farhan sekali lagi mencatatkan nama apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-79.

Sementara itu, Kedah hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu wakil kelab dari Terengganu, T-Team di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Sebuah lagi pasukan kelab Sime Darby mencatatkan kemenangan tipis, 3-2 ke atas Johor FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam satu lagi aksi suku akhir pertama semalam.

Pada aksi suku akhir kedua Piala FA Selasa ini, Terengganu akan berkunjung ke Stadium Jalan Besar, Singapura untuk menentang Lions XII manakala Kelantan akan menanti kunjungan SPA FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Selain itu, T-Team akan menanti kunjungan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah manakala Johor FC akan menanti kunjungan Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. — BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s