Satu gol belum selamat

Oleh MUSTAPA LAKAWA mustapa@kosmo.com.my
JOSEPH KALANG TIE (kiri) menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada aksi menentang Lions XII di Kuala Terengganu malam kelmarin.

TUGAS sukar menanti Terengganu dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini selepas sekadar mendapat bekalan satu gol ketika melayan kunjungan Lions XII pada aksi suku akhir pertama kelmarin.

Berbekalkan jaringan Joseph Kalang Tie, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu juga tidak mempunyai jalan lain, selain perlu mengelak daripada menjadi ‘mangsa’ amukan Singa pada pertembungan kedua di Stadium Jalan Besar, esok.

Mat Zan ketika ditemui turut mengakui satu gol yang diperoleh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin sebenarnya belum menjamin kedudukan juara bertahan itu melangkah ke separuh akhir.

“Satu gol memang belum selamat kerana selepas ini kami akan berkunjung ke Singapura untuk perlawanan suku akhir kedua.

“Sudah pasti kelebihan akan memihak kepada Lions XII apabila beraksi di tempat sendiri dan di pihak kami, ia pastinya perlawanan yang sukar,” kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Justeru, Mat Zan yang mengambil alih tugas Irfan Bakti pada awal musim ini mengakui dia sedikit kecewa apabila anak-anak buahnya gagal mendapatkan banyak gol pada pertemuan pertama kelmarin.

Jelasnya, perlawanan yang dikuasai sepenuhnya tuan rumah itu pada ketika lawan terpaksa bermain sepuluh orang sepatutnya berakhir dengan jumlah jaringan yang besar.

“Lions XII mempunyai kekuatan di bahagian tengah dan sebab itu kami cuba melancarkan serangan melalui sayap kanan dan kiri.

“Hasilnya, kami berjaya mendapatkan banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi gagal disudahi dengan baik oleh pemain.

“Paling jelas adalah pada separuh masa kedua apabila pasukan lawan terpaksa bermain dengan sepuluh pemain dan kami pula hanya mampu menjaringkan satu gol,” jelasnya.

Pada perlawanan kelmarin, Terengganu memperoleh gol kemenangan pada minit ke-65 apabila rembatan dari luar kotak penalti oleh Joseph terkena pertahanan Lions XII sebelum menerjah jaring.

Mengulas mengenai perlawanan kedua esok, Mat Zan menjelaskan, dia tidak berhasrat untuk menampilkan corak permainan bertahan.

“Kami tidak perlu bertahan kerana kami juga perlukan gol untuk menjamin tempat ke separuh akhir,” ujarnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s