Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Berkampung, Beramal

KUALA TERENGGANU, 26 Mac (Bernama) — Buat pertama kalinya kira-kira 1,200 penunggang motosikal berkuasa tinggi akan berkampung dan beramal di Pantai Batu Buruk di sini selama empat hari mulai Rabu ini.

Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) yang menganjurkan program ‘Bike Week 2012’ (TBW 2012) itu akan mengumpulkan peminat motosikal berkuasa tinggi termasuk lebih 20 penunggang dari negara jiran Singapura dan Thailand.

Presiden persatuan, Tengku Seri Temenggung, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, perhimpunan itu juga dijadikan sebagai inisiatif memperkenalkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun depan.

“TBW 2012 bukan sekadar menunggang motosikal secara berkonvoi, kami juga akan membuat kerja amal berkonvoi menyampaikan bantuan kepada Rumah Orang Tua Bukit Payung kemudian ke kawasan pelancongan Tasik Kenyir, Taman Tamadun Islam (TTI), Pasar Payang dan beberapa tempat menarik di sekitar bandar ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga pengerusi dan penganjur program berkata TBW 2012 dijangka menjana ekonomi terutama kepada pengusaha hotel dan peniaga tempatan.

Sepanjang empat hari program, pihak penganjur juga akan memberi tunjuk ajar cara-cara selamat menunggang motosikal berkuasa tinggi yang berisiko tinggi di samping mengadakan pameran motosikal klasik dan kereta.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s